PERKIRAAN UMUR UMAT NABI MUHAMMAD SAW

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Assalamualaikum..
Ulama ada membicarakan tentang umur umat Muhammad ini. Namun riwayatnya adalah dhaif. Bermakna ia adalah satu maklumat yang perlu kita ketahui, namun tidak ada sesuatu yang muktamad.
Terdapat beberapa hadis yang ditemui cuba diterjemahkan kepada umum. Tiada hadis yang benar-benar pasti dalam soal ini, namun Ulama ada memberikan beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan.
Penegasan saya, perkara ini adalah anggaran sahaja. Pengetahuan manusia biasa tidak mampu mengesahkan fakta ini. Ia sekadar panduan untuk membuat anggaran semata-mata. Ia tidak boleh diperdebatkan kesahihannya kerana ia suatu yang tidak mempunyai bukti secara tepat. Maka, jangan membuang masa memperdebatkan perkara ini, jadikan ia sebagai motivasi untuk mempersiapkan iman dan amal.
1. Al Hafidz Ibnu Hajar
Umur umat Yahudi = umur umat Nasrani + umur umat Islam.
Umur umat Yahudi sejak diutusnya Nabi Musa AS hingga diutusnya Nabi Isa AS adalah 1500 tahun. Umur umat Nasrani sejak diutusnya Nabi Isa AS hingga diutusnya Nabi Muhammad SAW adalah 600 tahun. Sehingga :
Umur Yahudi = Umur Nasrani + Umur Islam
1500 tahun = 600 tahun + 900 tahun
Ibnu Hajar mengatakan adanya tambahan 500 tahun sesuai hadis marfu dari Sa’ad bin Abu Waqqash bahwa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya saya berharap agar umatku tidak akan lemah di depan Tuhan mereka dengan mengundurkan (mengulurkan) umur mereka selama setengah hari.
Kemudian Sa’ad ditanyai orang : Berapa lamanya setengah hari itu? Sa’ad menjawab: “Lima ratus tahun” [hadis sahih riwayat Ahmad, Abu Dawud, Al Hakim, Abu Nu’aim dan disahihkan oleh Al Albani]
Jadi total umur Islam menurut Ibnu Hajar adalah 900 + 500 tahun = 1400 tahun lebih, belum termasuk tambahan (karena tidak mungkin umur itu bernilai genap)
Jika sekarang tahun 1443 H (2021M), berarti sudah melewati lebih dari 1400 tahun itu. Sedangkan tambahan yang dimaksud itu mungkin adalah umur Nabi Muhammad SAW, karena Islam adalah agama yang dibawa oleh Beliau. Juga ditambah dengan 13 tahun karena awal penulisan tahun Hijriah dimulai pada saat Rasulullah SAW hijrah ke Madinah dan 13 tahun adalah ketika beliau di Makkah.
Kemungkinan perkiraan seperti ini :
1400 (Merujuk kepada hadis) + 63 (umur Nabi) + 13 (tahun sebelum hijrah) = 1476 tahun
Jika ditolak dengan zaman sekarang iaitu 2021M (1443 Hijirah), berarti 1476 – 1443 = 33 tahun
} 33 tahun adalah sisa umur umat Islam dari
hari ini.
Wallahua'lam Hanya ALLAH lah yang Maha mengetahuinya.
Itu hanya sebuah jangkaan, bukan menetapkan tarikh Kiamat berlaku, Tapi itu jangkaan Umur umat Nabi Muhammad SAW yang akan dimatikan serempak oleh Allah SWT melalui angin lembut yang datang dari arah yaman".
2. Imam Ibnu Rajab Al Hanbali
Diriwayatkan dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya masa menetap kamu dibandingkan dengan umat-umat yang telah berlalu adalah seperti jarak waktu antara solat Asar hingga terbenamnya matahari (HR. Imam Bukhari).
Menurut Ibnu Rajab, “umat-umat yang telah berlalu” itu adalah umat Nabi Musa AS (Yahudi) dan umat Nabi Isa AS (Nasrani).
Imam Ibnu Rajab Al Hanbali meletakkan keseluruhan masa dunia adalah seperti satu hari penuh dengan siang dan malamnya. Imam Ibnu Rajab Al Hanbali menjadikan waktu umat-umat terdahulu dari masa Nabi Adam hingga Nabi Musa seperti waktu satu malam dan waktu itu adalah 3000 tahun. Kemudian beliau menjadikan masa umat-umat yahudi, nasrani dan Islam adalah seperti waktu siang dari hari tersebut, maka berarti waktu itu juga 3000 tahun.
Imam Ibnu Rajab Al Hanbali menafsirkan hadis Bukhari lainnya bahwa masa-masa amaliah umat Nabi Musa AS hingga datangnya Nabi Isa AS seperti setengah hari pertama, dan masa amaliah umat Isa adalah seperti waktu salat Zuhur hingga salat Ashar, dan masa amaliah umat Islam adalah seperti sesudah salat Ashar hingga terbenamnya matahari.
Jadi perhitungan menurut Ibnu Rajab itu sebagai berikut:
• Masa umat-umat Adam hingga Musa = satu malam penuh = 3000 tahun
• Masa umat-umat (yahudi – nasrani – Islam) = satu siang penuh = 3000 tahun
• Umur Yahudi = setengah hari dari siang tersebut = ½ dari 3000 = 1500 tahun
• Umur Nasrani = mengikuti hadis Muslim dari Salman al Farisi yaitu = 600 tahun
Maka umur umat Islam adalah 1500 – 600 = 900 tahun. Kemudian 900 tahun ini ditambahkan lagi 500 tahun (setengah hari akhirat) (lihat: hadits dari Saad bin Abu Waqash riwayat Abu Dawud).
Jadi, umur umat Islam adalah 900 + 500 = 1400 tahun sahaja, sebelum dibuat tambahan tahun. Namun Ibnu Rajab tidak menyebut berapa tahun tambahannya. Perhitungan ini sama dengan method yang digunakan oleh Ibnu Hajar. Cuma perbezaannya ialah Ibnu Rajab tidak menjelaskan berapa tahun tamabahan itu.
Jika kita meneliti hadis-hadis nabi SAW yang membicarakan tentang tempoh pemerintahan Imam Al-Mahdi, masa kemunculannya sudah tidak lama. Maka ini jelas menunjukkan sebaik sahaja bermula peristiwa besar iaitu peperangan dan Ad-Dukhan, maka itu menandakan Qiamat sudah sangat hampir.
Kita sudah berada di ambang pintunya. Persiapkan diri dari sekarang.
ZAMAN-ZAMAN PEMERINTAHAN UMAT MUHAMMAD
Zaman pemerintahan umat Muhammad SAW terbahagi kepada lima fasa. Sebagaimana hadis yang diceritakan oleh Nukman bin Basyir.
Dari Nukman bin Basyir, katanya, “Suatu ketika kami sedang duduk di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yang tidak banyak bercakap. Datanglah Abu Tha’labah lalu berkata “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafal akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Tha’labah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda. “Telah berjalan Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.
”Kemudian berlangsung pula zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlangsung pula zaman raja-raja yang zalim (malikun a’adhun/zaman kesultanan). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penguasa diktator (mulkan jabbariyan/penguasa yang memaksakan ideologi yang bukan ideologi islam, dan hukum yang bukan dari hukum islam) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian Rasulullah SAW pun diam.
Hadis ini memberitahu tentang fasa-fasa zaman yang telah dan akan dilalui oleh umat nabi Muhammad SAW. Kita sedang berada di fasa keempat
Seperti mana yang tercatit dalam sejarah bahawa Islam telah berkembang lebih 1400 tahun menempuh pelbagai era, sehinggalah ke era yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai era akhir zaman, era peralihan yang dipimpin oleh prmimpin Islam bertaraf khalifah.
FASA PERTAMA : ZAMAN RASULULLAH S.A.W.
Zaman ini berjalan selama 25 tahun. Zaman Rasulullah s.a.w terkenal dengan ” Zaman Ummah Pertama”. Islam berkembang hingga tiga suku dunia dan dianuti oleh semua bangsa di muka bumi ini. Dengan kemunculan Islam, dua gergasi besar iaitu Rom dan Parsi menjadi lemah dan tunduk dibawah kekuasaan Islam. Setelah nabi wafat, maka berakhirlah fasa pertama ini. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya iya, sudah berkahir lama dahulu.
FASA KEDUA : ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN
Zaman ini ialah zaman pemerintahan para sahabat nabi empat orang, bermula dengan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Zaman ini berlangsung selama 30 tahun, di mana kekuasaan Rom dan Parsi yang telah lemah itu terus tumbang di tangan para sahabat yang telah dibina iman oleh Rasulullah s.a.w dan kedua–dua gergasi itu dapat ditawan.
Sebelum itu Nabi SAW telah memberi isyarat dalam sabdanya bahawa kuasa timur dan barat akan dapat ditawan oleh Islam. Sabda Nabi SAW bermaksud “Timur dan Barat nanti akan terbuka kepada kamu.” (Riwayat Imam Ahmad).
Setelah itu dikuti oleh zaman Saidina Hasan bin Ali menjadi khalifah selama 6 bulan. Masa di antara Saidina Hasan hingga Khalifah Umar Abdul Aziz ialah selama 60 tahun. Dari zaman Rasulullah s.a.w. hingga zaman Khalifah Umar Abdul Aziz selama kira – kira 100 tahun. Selepas itu, dicampur dengan zaman selanjutnya, zaman Rasulullah s.a.w. masih lagi menjamin umat Islam baik ialah dalam lingkungan kira – kira tahun dan dicampur semua menjadi 300 tahun.
Sepertimana ditegaskan oleh Nabi SAW “Sebaik–baik kurun, ialah kurun aku dan kurun sesudah itu dan sesudah itu dan sesudah itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Menurut perawi hadis ini, Rasulullah SAW menyebutnya tiga kali. Para ahli sejarah Islam mensifatkan tiga kali itu bererti tiga kurun. Setiap satu kurun 100 tahun. Tiga kali bermakna 300 tahun. Itu sahaja kurun yang Rasulullah SAW menjamin baik yang berjalan di atas minhaj kenabian. Selepas zaman itu, dunia telah mula rosak hinggalah membawa kepada Zaman Fitnah. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya iya, telah berlalu.
FASA KETIGA : ZAMAN FITNAH @ ZAMAN KERAJAAN MENGGIGIT
Zaman ini ialah zaman pemerintahan raja–raja Islam yang menimbulkan fitnah, di mana memerintah secara menurut sistem turun temurun atau monarki / warisan. Walaupun mereka memerintah atas nama Islam, mewarisi kerajaan Islam tetapi bercampur dengan kezaliman dan pelbagai pengaruh luar yang bukan dari ajaran Islam tulen.
Pada zaman ini bermula dari Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan sehinggalah zaman Kerajaan Uthmaniyyah, di mana zaman Uthmaniyyah pengkhianat Islam iaitu Kamal Artatuk meruntuhkan institusi kekhalifahan di Turki, bermakna berakhir fasa ini. Lama masa era kuasa pemerintahan ini selama kira – kira 700 tahun. Adakah ia sudah berlalu? Jawapannya iya, sudah berkahir.
FASA KEEMPAT : ZAMAN DIKTATOR & FITNAH DAJJAL
Selepas berakhirnya Zaman khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924, maka muncul la zaman pemerintahan ideologi–ideologi manusia yang garis panduan mereka adalah diambil dari hasil buah fikiran ahli fikir, sama ada ia bernama sosialis, komunis, kapitalis, demokrasi dan lain–lain lagi termasuk nasionalis.
Inilah fasa di mana kita hidup sekarang ini. Maka kita dapat simpulkan bahawa fasa keempat merupakan fasa kemenangan bagi kaum kafir dan kekalahan bagi orang–orang yang beriman kerana zaman ini dikatakan muncul kembali cara–cara kehidupan zaman jahiliah yang pernah berlaku semasa zaman Nabi SAW dahulu.
Dalam fasa inilah tertegaknya sistem dajjal. Setiap urusan dunia dikelolakan dengan nilai – nilai materialistik, liberisme dan sekularisme dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi, budaya, pendidikan, undang–undang, ketenteraan bahkan keagamaan. Zaman inilah zaman yang Nabi SAW paling risau terhadap umatnya kerana terlalu banyak fitnah yang membawa kepada kehancuran dan keadaan hura hara di negara Islam.
Di penghujung fasa ini, akan berlaku fitnah terbesar sepanjang peradaban manusia, Orang ramai tidak mampu membezakan mana yang HAQ" dan mana yang BATIL".
Hanya dengan Iman dan Zikrullah(Mengingat Allah) sahaja pada zaman ini kita dapat melawan fitnah dajjal yang begitu dashyat sekali yang pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW sebelum munculnya era minhajunnubuwwah (Minhaj kenabian).
Di fasa ini akan terjadi peperangan akhir zaman paling dahsyat, iaitu peperangan dunia ketiga yang melibatkan kuasa Besar Barat dan Timur Tengah termasuk Yahudi. Dalam siri peperangan besar ini akan dimulai tercetusnya perang Ghazwa E-Hind terlebih dahulu, Lalu Allah mendatangkan imam Al-mahdi untuk membantu mengalahkan mereka di tangan umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam bertaraf khalifah iaitu Imam Al-Mahdi as.
FASA KELIMA: ZAMAN KEKHALIFAHAN
Selepas berakhirnya fasa keempat setelah selesai perperangan Malhamatul Qubra, akhirnya muncul pula zaman kekhalifahan yang berjalan mengikut minhaj zaman kenabian. Atau dengan kata lain Zaman Kebangkitan Semula Islam. Islam akan agung dimata dunia dan kembali bersinar sepertimana ditanamkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW 1400 yang lalu. Sewaktu kemuculan zaman kenabian, iaitu zaman ummah pertama, dua empayar gergasi dunia tumbang iaitu Rom dan Parsi.
Jadi sesuai dengan proses sunnatullah dan ini ditegaskan sendiri oleh Allah dan Rasul bahawa “Dan tidak sekali–kali kamu dapati sunnatullah itu berubah”. (Surah al-Ahzab ayat 62) dan “Ketahuilah bahawa pusingan Islam itu sentiasa berputar” (Hadis riwayat Abu Na’im dari Muaz bin Jabbal).
Maka kemunculan zaman Ummah Kedua pada akhir zaman ini pun akan berulang sejarah dua gergasi dunia akan tumbang juga, iaitu kuasa komunis (Eropah Timur) dan kristian (Eropah Barat dan Amerika) termasuk Yahudi, Pemimpin Islam di zaman ini ialah pemimpin bertaraf khalifah. Dan umur kekhalifahan Imam Al-Mahdi berlansung sekitar 7/8 atau 9 tahun difasa kedamaian mengikut hadis.
Dan setelah itu tiba2 Al-Maseh Ad-Dajjal muncul merosakkan perdamaian dunia dan megaku nabi serta mengaku Tuhan.
Dan setelah itu Allah SWT akan segera mengutus Nabi Isa as untuk membunuh Dajjal.
Di samping itu, kita meyakini kebenaran hadis di atas, terdapat lagi beberapa hadis lain yang Rasulullah SAW menjelaskan bahawa menjelang kiamat nanti Islam akan kembali berkuasa dan muncul pemimpin bergelar khalifah.
Dari Said dan Jabir bahawa Nabi SAW. bersabda, maksudnya “Akan ada pada akhir nanti seorang khalifah yang akan membahagi–bahagikan harta kepada rakyat sehingga tidak terhitung banyaknya (makmur).” (Riwayat Muslim).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar